Posts

Showing posts from 2018

Tak Seindah Wajah

Assalamualaikum... Selamat pagi.. Salam Sejahtera.. Memulakan sesuatu tidak seindah untuk meneruskan sesuatu... Jangan wujudkan kebencian kerana kita sendiri tak sempurna.. Jangan bangga apa yang kita miliki hari ini kerana semuanya hanya sementara.. Perbaiki kelemahan diri..kerana koyak nya kain kita..kadang-kadang kita sendiri pun tak perasan.. Senyum la walau hati sebenarnya menangis.. Tak Seindah Wajah Kusangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Di manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda

rasa-kasih-sayang

Assalamualaikum... Selamat Pagi... Bercerita tentang rasa.. Bercerita tentang cinta.. Bercerita tentang tautan kasih sayang.. Walau Langkah tak seiring.. Denai yang berbeza.. Tetapkan lah melangkah.. Renunglah ke hadapan.. Menoleh ke belakang sesekali..hanya sekadar melihat pengajaran.. Mungkin satu masa dulu langkah kita tersadung akar,,,lalu kita tersungkur,, Mungkian ada tangan yang menyambut,,maka beruntung la Atau mungkin juga terus jatuh.. lalu kita bangun dari rebah.. Dan aku...sekadar memerhati langkah-langkah itu.. Sekadar tersenyum dari kejauhan.. Kerana aku percaya.. Dan yakin... Hati-hati ini milik Allah