Tak Seindah Wajah

Assalamualaikum...

Selamat pagi..

Salam Sejahtera..


Memulakan sesuatu tidak seindah untuk meneruskan sesuatu...
Jangan wujudkan kebencian kerana kita sendiri tak sempurna..
Jangan bangga apa yang kita miliki hari ini kerana semuanya hanya sementara..
Perbaiki kelemahan diri..kerana koyak nya kain kita..kadang-kadang kita sendiri pun tak perasan..
Senyum la walau hati sebenarnya menangis..



Tak Seindah Wajah


Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban


Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


Comments

Popular posts from this blog

rasa-kasih-sayang